Pages

Monday, March 8, 2010

Galeri Produk Penjara

Ah...dah berapa lama aku tak menulis dalam Bahasa Melayu? Kira-kira pun dah ada 1 tahun lebih. Boleh dikira sudah karat lah.....kalau masih tak nak buat sesuatu untuk menyelamatkan benda yang dah karat ni, mungkin satu hari nanti ia akan habis hilang lah.......

Kali ni kali yang pertama aku menaip dalam Bahasa Melayu untuk blog ni. Satu cubaan yang baru bagi ku. Jadi marilah kita kunjungi 'Galeri Produk Penjara'. Masuk percuma!!! ^_^

Jika akan terfikir-fikir mana tempat yang anda nak pergi untuk hujung minggu ni atau secuma nak berlepak aje....mungkin anda boleh cuba membuat satu lawatan ke sini. Galeri ini mempamer dan menjual produk kraftangan yang dihasilkan oleh penghuni penjara di seluruh Malaysia. Maksudnya, semua produk kraftangan yang dihasilkan di seluruh penjara Malaysia akan dihantar ke sini untuk dipamer dan juga dijual. Berdasarkan cerita seorang kakak Melayu yang cantik, semua benda yang dijual kat situ merupakan gaji para penghuni penjara selepas mereka dikeluarkan dari penjara. Jadi, kalau anda beli mana-mana satu produk, duit yang dikutip dari jualan tu akan dijadikan gaji bagi penghuni penjara yang menghasilkan produk tu. Bermaknakan? Jika anda beli, anda dapat membantu dia orang.

Pelbagai jenis produk boleh didapati kat situ, antaranya seperti...

Produk Rotan

Produk Ukiran


Produk Kayu




Produk Seramik


Produk Kraftangan


Atas dan bawah...dua-duanya tabung.....comel kah si? Harga dalam linkungan Rm33-47






Selain produk-produk yang dinyatakan di atas, produk lain seperti songket, batik, simen fero, besi, dan makanan juga boleh didapat dari situ. Bateri low jadi tak sempat ambil gambar untuk semua. Kalau anda berminat nak tengok semua produk, anda boleh melayari laman web ni

http://jpmportal.prison.gov.my/tempahan/

Jika anda berminat tempahan online juga boleh dibuat.

Naik tangga ni untuk pameran informasi berkaitan dengan Jabatan Penjara Malaysia. Aku kira bernasib baik hari tu sebab dapat seorang 'personal tour guide'. Uncle ni cukup baik la, cerita sedikit demi sedikit sampai aku faham. Walaupun aku tanya banyak tapi uncle ni tetap jawab dengan senyuman yang cukup manis lah. Tanya soalan bodoh pun dia tetap jawab dengan penuh sabaran......mungkin sebab uncle ni dah kerja selama 40 tahun lebih kat penjara jadi dah diuji sampai tahap yang agak tinggi dah.


Inilah contoh barangan yang dipamerkan. Uniform penghuni penjara. Uncle tu cerita kat aku......warna yang lain bermaksud 'betapa lama orang tu dah duduk dalam penjara' boleh dikatakan tempoh jua....


Jagi anda tengok warna pun boleh tau tu orang dah berapa lama 'tidur' kat penjara. Selain tempoh, warna ni juga boleh membezakan tahap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang penjenayah. Jika baju yang dipakai tu bermaksud tempoh yang lama, jadi orang tu memang dah duduk lama kat penjara dah, duduk lama kat penjara maksudnya dia buat kesalahan yang 'require' dia duduk lebih lama lah.....

Baju yang bergaris maksudnya?

Uncle: 'Ni yang pandai lari lah~~~!'
Aku: 'Ah...zaman ni pun masih ada yang pandai lari kah?'
Uncle: 'O. karang dah tak ada.....dulu macam 1980an tu ada kes yang lari lah. Karang tak jadi lagi.'
Aku:'Jadi, baju ni tak dipakai lagi?'
Uncle: 'Bukan~~~Kita tengok record dia lah....kalau dia pandai lari dari sekolah lah....curi lah...kita kasih dia pakai ni lah...'
Aku:'O...jadi ni yang perlukan 'Special Attention' lah?
Uncle: 'Ya, hahaha'

Aku: 'Ni yang dipakai untuk makan? Sama aje dengan tu yang dipakai oleh Khidmat Negara.'
Uncle: 'Hahahahahaha....tengok betul-betul amoi.....ni plastik.....yang Khidmat Negara tu besi...'
Aku: 'Eh...betul juga. Kenapa nak pakai plastik?'
Uncle: 'O....takut nanti dia orang gaduh, ni boleh dijadikan senjata. Jadi kita tukar pakai plastik. Dulu memang pakai besi lah.'
Aku: 'O~~'

Uncle ni lalu menunjukkan pelbagai gambar yang menonjolkan cara hidup penghuni penjara dan juga pelbagai aktiviti yang diukir khas bagi para penghuni penjara. Selain tu, kata uncle, dia rasa sakit hati tengok pemuda yang dah keluar dari penjara masuk semula lagi. Dia pun kata, ada juga yang jagi baik. Katanya, ada seorang Cina yang keluar dari penjara telah membukakan satu kedai kraftangan di Langkawi. Itu contoh yang membuat dia rasa sega sikit lah.

Selain tu, aku keppo sikit lah...nak tahu pasal penjara kat Times Square tu bila baru mau dirobohkan. Kata uncle, kalau nak roboh.....memang dah dirobohkan lah....tapi...sampai karang ni masih berdiri kat sana, jadi..tau tau lah...


Bah cerita habis kat sini pun masih belum kasih tau dimana kat tempat ni.

Ni address...

Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka (dekat dengan tempat buat passport di Melaka)

dan Waktu Lawatan

Isnin hingga Jumaat
8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sabtu dan Ahad
9.30 pagi hingga 5.00 petang

Cuti Am
Tutup

O...hampir lupa.....ni yang aku bawa balik......

Bila anda dikurung.....ni lah hasil awak......

2 comments:

 

Template by BloggerCandy.com | Header Image by Freepik